Hati adalah organ terpenting dalam badan manusia selepas jantung, melaksanakan tugas penting seperti metabolisma, menyahtoksik dan pembentukan sebatian termasuk pembekuan darah. Ia juga menapis, mengawal dan menyimpan darah.
Tekanan hidup atau ‘stress’, pengamalan diet yang tidak sihat, pengambilan ubat yang berlebihan adalah masalah biasa dalam cara hidup masyarakat moden kini. Ini akan menyebabkan tekanan dan kerosakan pada hati.
Hati juga mengawal dan mengatur fungsi badan yang mempengaruhi aktiviti mental dan emosi. Dalam teori Traditional and Complementary Medicine (TCM), organ hati/liver (yin) dan organ pundi hempedu/gall bladder (yang) berhubungan langsung dengan mata, maksudnya adalah apabila ada kelainan pada mata maka yang dicurigai adalah adanya kelainan pada organ hati atau pundi hempedu, dan sebaliknya apabila organ hati sakit, maka akan mengakibatkan gangguan pada mata. Air mata adalah cairan yang dikeluarkan oleh mata. Jika air mata keluar tak terkendali maka kecurigaan pertama adalah kelainan fungsi organ hati atau pundi hempedu.
Didalam keadaaan penyakit, fungsi menyimpan darah dan pengawalan akan terjejas dan pendarahan atau pembekuan darah atau “clots˝ akan terhasil. Apabila darah dalam hati berkurangan, khasiat nutrien ke tendon, urat dan otot akan terganggu. Begitu juga sebaliknya jika tendon bekerja terlalu berat maka dapat melukai organ hati dan pundi hempedu.
Emosi yang berhubungan dengan organ hati/pundi hempedu adalah marah dan bermusuhan. Jika orang terlalu marah, depressi yang berpanjangan, maka boleh mengakibatkan organ hati/pundi hempedu sakit, dan sebaliknya orang yang mengalami gangguan hati/ pundi hempedu biasanya mudah marah atau bermusuhan.
Menjerit adalah cerminan dari aktiviti hati, jika seseorang mengalami gangguan hati/pundi hempedu, dia akan cenderung banyak menjerit atau terlalu banyak menjerit dapat menyebabkan organ hati dan pundi hempedu sakit.
Perjalanan meridian hati melingkari organ kelamin. Hati bukan sahaja mempengaruhi jaringan tendon tetapi juga mempengaruhi pergerakan dan alat kelamin (penis dan vagina). Ia adalah organ atau channel penting yang melibatkan kitaran haid wanita seperti masalah haid tidak teratur dan masalah gynaecology yang lain.
Angin adalah hawa udara yang satu kelompok dengan organ hati dan pundi hempedu, orang yang mengalami kelainan hati maka akan sensitif terhadap angin dan sebaliknya apabila orang sering terkena angin misalnya angin malam, maka organ yang terserang adalah hati dan pundi hempedu.
Rasa yang mempengaruhi organ hati/pundi hempedu adalah rasa asam. Jika terlalu banyak makan makanan yang berasa asam maka organ hati/pundi hempedu dapat sakit atau jika organ hati/pundi hempedu ada gangguan, biasanya orang cenderung akan makan yang berasa asam.
No comments:
Post a Comment