Monday 13 May 2013

Sejarah Stimulatherapy

Sejarah Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah sebuah modality yang lahir di Malaysia. Ia diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari. Beliau telah mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya sendiri dalam tahun 1982, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dalam tahun 1986, dan belajar Acupuncture di Ipoh. Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif. Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka. Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

Kemudian Dato’ Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Dato’ Dr Rusly Abdullah sendiri menjadi Presidennya.Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).

Urutan Stimulatherapy merupakan satu ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang semakin hari semakin rencam sekarang ini. Sebagai manusia kita wajib berikhtiar dengan menggembeling dan memanfaatkan segala ilmu atau kemahiran yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Mengikut Vernon Coleman, pakar perubatan United Kingdom yang menulis dalam European Medical Journal (2002) 9 dari 10 penyakit yang menyerang tubuh boleh disembuhkan oleh sistem penyembuhan diri (self healing mechanism) yang ada secara semula jadi dalam tubuh setiap orang. Apa yang penting, system itu perlu dirangsang agar sentiasa siap sedia menghadapi setiap ancaman penyakit. Kaedah paling baik, selamat dan paling berkesan untuk merangsang tubuh adalah secara urutan dan picitan.

Semua penyakit terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan fisiologi, emosi dan spirituality menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ organ tertentu akan melemah dan ini akan melemahkan juga organ organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang. Urutan berbentuk stimulasi pada titik dan saloran tenaga terpilih akan merangsang secara timbal balas (causal relationshiporgan lain yang bersambungan dengannya. Sebagai contoh apabila kita memicit beberapa titik disepanjang saloran jantung, ia akan turut member kesan kepada organ usus kecil dan seterusnya pembuluh darah dan seterusnya otak sebagai organ connectivity. Bermula dari otak ia akan menjalar keseluruh system saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh. Maka penyakit yang berkaitan dengan system saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan kaedah stimulatherapy.

Sebagai sebuah modality yang baru, tentulah ia belum begitu dikenali. Berdasarkan pengalaman para pesakit yang pernah menerima rawatan kita sentiasa menerima maklum balas yang amat positif. Banyak keluarga pesakit yang pada mulanya agak skeptical kini telah menjadi pelanggan regular yang setia dengan stimulatherapy. Sikap positif tentang kaedah stimulatherapy amat membantu, ia meningkatkan kebarangkalian untuk pulih. Apa yang penting adalah kerjasama yang ikhlas kedua-dua pihak.