Thursday 24 March 2011

14 Channels Stimulation Massage

Acupuncture chart14 Channels Stimulation Massage is a holistic therapy that balances body, mind and spirit, promotes health and wellbeing. This is a traditional art of massage that based on the ancient system of medicine as written in Huang Di Nie jing - The Yellow Emperor book of medicines.
The ancient Epytian, Greece, Indian and Chinese physicians discovered that there were certain points of the body if pressed or massaged could relieve pain or had a beneficial effect on certain disorders of the body. 


The concept of The 14 Channel Stimulation Massage is maintaining health through proper and balance flow of energy (Qi) throughout the body and to each of its vital organs. It  is also aimed to reduce stress and relieve pain and to improve physical and physiological condition of the body. 


The 14 Channel Stimulation Massage will stimulate and restore body's natural ability to cure itself because the massage will help the body achieve homeo-statis or balanced energy flow. The 14 Channel Stimulation Massage proposed that pain and illnesses were caused by a blockage at some point along the body meridien or body's energy channels. Removing the blockage will allow the release of illnesses and a restoration of better health.

It is widely said that 75% of today's ailments are caused by stress and nerve tension. The Touch Research Institute in Miami, Florida has conducted over 100 studies on the positive effects of massage therapy on many functions and medical conditions in many different age groups. Among the significant research findings are enhanced growth (e.g. in preterm infants), diminished pain (e.g. fibromyalgia), decreased autoimmune problems (e.g., increased pulmonary function in asthma and decreased glucose levels in diabetes), enhanced immune function (e.g., increased natural killer cells in HIV and cancer), and enhanced alertness and performance (e.g., EEG pattern of alertness and better performance on math computations). Many of these effects appear to be mediated by decreased stress hormones. We can see why such a large variety of conditions will respond and are being helped with this particular method of therapeutic 14 channels.

For further information on the benefits of stimulatherapy massage in relieving stress related problems ranging from headaches, fatigue, insomnia, muscle tension, irritable bowel syndrome, indigestion etc, please contact Pn Soraiya at 012-7080046/016-2918685 or email me at stimulaterapi@gmail.com



Urutan Stimulaterapi

Stimula adalah singkatan dari perkataan stimulasi atau yang bermaksud rangsangan. Rangsangan disini bermaksud urutan pada bahagian atau titik-titik akupresur atau titik-titik meridien. Terapi bermaksud cara mengubati penyakit. Stimulaterapi adalah kaedah atau cara mengubati penyakit samada fizikal, mental atau rohani melalui gabungan urutan 14 channel, aromaterapi dan urutan akupresur. 


Di Stimulaterapi & Spa Nur Syafia, selain urutan stimulaterapi, kami juga menggunakan herba pilihan dan ayat-ayat Al-Quran serta doa-doa dan amalan Rasulullah S.A.W yang terpilih. 


Pada masa ini, rawatan urutan & spa hanya ditawarkan kepada kaum wanita & kanak-kanak sahaja.


Kaedah rawatan stimulaterapi ini seharusnya dilakukan secara berterusan, tidak cukup sekadar dilakukan sekali sahaja. Kesan kesembuhan mungkin sukar dirasai dalam masa yang singkat kerana berkemungkinan sesetengah penyakit itu sudah pun sekian lama ‘mesra’ dalam badan.

Wednesday 23 March 2011

Sindrom Carpal Tunnel

Cure Carpal Tunnel Syndrome

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini. Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Diagnosis

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunnel tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan. Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut. Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.

Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

Rawatan

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.

Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

Oleh: DR. MOHD MAHAMUD MUSMAN (Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

Salah satu rawatan terapi untuk Sindrom Carpal Tunnel adalah rawatan kombinasi stimulaterapi dan akupresur. Terapi ini sesuai sebagai komplimentari kepada rawatan perubatan barat. Dengan meningkatkan peredaran darah dan merehatkan otot-otot, urutan akupresur mampu membantu tubuh mengalirkan lebih oksigen dan nutrisi ke jaringan dan organ-organ utama.

Monday 21 March 2011

Rawatan HairSpa

Anda mempunyai masalah rambut…..

GUGUR? KELEMUMUR?

BERCABANG? ROSAK?

MENIPIS? BERBAU?



Stimulaterapi & Spa Nur Syafia menawarkan.......


Rawatan Hairspa yang dapat membantu mengatasi masalah rambut rosak dengan berkesan yang biasa dialami oleh semua wanita, yang bertudung atau tidak bertudung



*Jangkamasa rawatan hanya 30 minit (Normal Treatment). Bayaran hanya RM20
*Rawatan HairSpa termasuk urutan bahu dan muka mmengikit Titik Aku (Acupoint)
*Perkhidmatan dari rumah ke rumah dan dari rumah ke pejabat disediakan.




Thursday 17 March 2011

Sakit Sendi/Lutut


Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah lutut. Keadaan ini berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan latar belakang etnik. Seringkali pada wanita yang berumur lebih 50 tahun sering mengadu mengalami sakit sendi terutama pada bahagian lutut kerana sendi telah mula haus. 


Kajian menunjukkan wanita mengalami masalah sakit sendi yang lebih kerap dan lebih teruk berbanding lelaki. Jika anda seorang wanita, sakit sendi yang menyerang pasti akan terasa lebih teruk berbanding lelaki dan ia lazimnya akan membabitkan lebih banyak bahagian badan. 

Wanita lazimnya lebih sensitif terhadap rasa sakit. Selain mengalaminya dengan lebih kerap, sakit sendi juga mudah menyerang lebih banyak bahagian badan wanita berbanding lelaki," kata Tarvez Tucker, MD, pakar kesakitan dan pengarah Pain Clinic di pusat perubatan University Kentuckey di Lexington.

Tubuh wanita berbeza dengan tubuh lelaki daripada banyak aspek, dan faktor ini mungkin menyebabkan wanita mengalami kesan yang berlainan akibat sakit sendi berbanding lelaki. Pertama wanita memiliki rawan sendi yang nipis berbanding lelaki, walaupun anda mengambil kira jisim tubuh. Apabila rawan nipis, maka kusyen juga akan berkurangan menyebabkan simptom kemerosotan rawan yang berlaku akan lebih dirasai oleh wanita.

Punca Penyakit
ÙHormon pada wanita berkurangan kerana 'menopaus' (putus haid)
ÙPergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
ÙIa menyebabkan tulang menjadi lembut dan cepat haus
ÙPertambahan berat badan (over weight) yang tidak mampu menahan beban tubuh
ÙOtot-otot dan sendi yang semakin lemah
ÙKurang aktiviti sukan
ÙPeningkatan usia
ÙOsteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
ÙMasalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Simtom     
ÙSakit dan terasa bunyi meletup dalam sendi dan lutut cepat bengkak kerana terdapat pendarahan
ÙCedera kerana putusnya urat 'cruciate'
ÙBengkak atau sakit seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lenguh atau panas pijar seperti kena lada
ÙSukar untuk berdiri



Rawatan
ÙUbatan untuk mengurangkan sakit seperti aspirin dan acetaminophen.
ÙUbatan untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan seperti ibuprofen dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
ÙSenaman bagi meningkatkan pergerakan dan kekuatan.
Ù Pengurangan berat badan.
ÙTerapi fizikal
ÙPembedahan penggantian lutut (bagi lutut yang rosak secara serius)

Langkah pencegahan:
ÙLakukan aktiviti sukan seperti berjoging dan berenang
ÙMakan makanan yang seimbang
ÙLebihkan keperluan kalsium (1,000 - 1,500mg) sehari
ÙKurangkan berat badan
ÙKurangkan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan pada lutut


Keberkatan Surah Yassin (Ayat 78 & 79)Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?
[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)


Bagi anda yang ingin berjumpa dengan saya untuk rawatan sakit lutut dan sendi, sila hubungi, Pn Sue di 012-7080046/016-2918685. Untuk Puan yang mengalami gangguan urat saraf seperti sakit di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang, tulang belikat, sendi-sendi,otot-otot, tangan, kaki, tapak kaki boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.

Wednesday 16 March 2011

Akupresur (Acupressure)

Akupresure adalah salah satu bentuk fisioterapi dengan memberikan penekanan dan stimulasi pada titik-titik tertentu pada tubuh. Berguna untuk mengurangi ketegangan dan bermacam-macam sakit seperti sakit otot dan sendi, lutut, arthritis, ‘genito urinary’, sakit kepala,migrain dan lain-lain lagi. Ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah badan.

Dalam pelaksanaannya, akupresur menggunakan jari-jari tangan atau benda tumpul lain sebagai perangsang titik-titik yang ada pada tubuh. Seperti dengan akupuntur, akupresur berasal dari China. Teknik pengubatan itu sudah dikenali masyarakat China sejak pemerintahan Dinasti Shang berabad-abad yang lalu. Di kala itu akupresur hanya digunakan untuk mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Pada zaman Dinasti Tang, akupuntur mulai dikembangkan untuk rawatan kecantikan dan kesihatan kulit terutama kaun hawa. Berawal dari sinilah, teknik akupresur berkembang lebih lanjut hingga sekarang. Prinsip kerja akupresur sama seperti akupuntur iaitu melancarkan energi vital atau chi/qi dalam tubuh. Akupresur adalah rawatan akupuntur tanpa jarum.Walaupun usaha menjaga kesihatan telah dilakukan, kadangkala gangguan kesihatan masih terjadi samada disebabkan oleh faktor dari tubuh atau sekeliling. Keadaan ini akan mengganggu energi vital tubuh. Jadi, terapi dengan cara merangsang titik-titik yang behubung dengan organ yang sakit dapat melancarkan kembali energi vital. Akupuntur atau akupresur mempunyai peranan yang sama. Kedua-duanya memberi kesan yang sama dalam menyembuhkan sesuatu penyakit.