Stimula adalah singkatan dari perkataan stimulasi atau yang bermaksud rangsangan. Rangsangan disini bermaksud urutan pada bahagian atau titik-titik akupresur atau titik-titik meridien. Terapi bermaksud cara mengubati penyakit. Stimulaterapi adalah kaedah atau cara mengubati penyakit samada fizikal, mental atau rohani melalui gabungan urutan 14 channel, aromaterapi dan urutan akupresur.
Di Stimulaterapi & Spa Nur Syafia, selain urutan stimulaterapi, kami juga menggunakan herba pilihan dan ayat-ayat Al-Quran serta doa-doa dan amalan Rasulullah S.A.W yang terpilih.
Pada masa ini, rawatan urutan & spa hanya ditawarkan kepada kaum wanita & kanak-kanak sahaja.
No comments:
Post a Comment