Sistem terapi atau
perubatan Cina yang tertulis dalam buku Huang
Ti Nei Jing Su Wen pada zaman Maharaja Kuning (The Yellow Emperor) percaya
bahawa dalam tubuh manusia tedapat 2 tenaga hayat (Body Natural Forces) iaitu
Yin dan Yang.
Konsep Yin-yang mungkin
adalah teori Kedoktoran Cina yang paling penting dan khas. Konsep Yin-Yang,
bersama konsep Qi atau Chi telah meresapi falsafah Cina selama berabad-abad dan
berbeza secara radikal dengan philosophi Barat. Yin adalah tenaga pasif (feminine/receiving), Yang pula adalah
tenaga agresif (masculine/stimulating)
Konsep Yin-Yang
mengambarkan hubungan saling berlawanan atau bertentangan tetapi saling bergantung
dan saling melengkapi. Tidak ada yang seluruhnya Yin atau seluruhnya Yang.
Yin
|
Yang
|
|
Gelap
|
Terang
|
|
Bulan
|
Matahari
|
|
Bumi
|
Langit
|
|
Utara
|
Selatan
|
|
Perempuan
|
Lelaki
|
|
Kanan
|
Kiri
|
|
Air
|
Api
|
|
Dingin
|
Panas
|
|
Basah
|
Kering
|
|
Lembut
|
Keras
|
|
Tenang
|
Gelisah
|
|
Berdasarkan prinsip
pengubatan Cina, organ tubuh manusia dibahagikan menjadi Yin dan Yang saling
terkait, organ berunsur Yin adalah semua organ yang berbentuk padat (organ Zang). Yin juga menyimbolkan penyimpanan. Organ Zang (Yin) ada
lima terdiri daripada jantung (Heart),
hati (Liver), ginjal (Kidney), limpa (Spleen)
dan paru-paru (Lung).
Organ berunsur Yang adalah semua organ yang memiliki rongga (Organ Fu).
Yang menyimbolkan perubahan bentuk dan perubahan. Hal ini dicerminkan didalam
fungsi organ-organ Yang yang terus menerus diisi dan dikosongkan dan terus
menerus melakukan perubahan bentuk, mengangkut dan mengeluarkan. Organ Yang
yang termasuk dalam kelompok organ lima Fu (Yang) ialah pundi hempedu (Gall Bladder), pundi kencing (Urinary Bladder),
perut (Stomach),
usus kecil (Small
Intestine), usus besar (Large Intestine)
Para pemikir Tao juga
merangkum pola alam semesta termasuk organ manusia menjadi lima unsur. Teori
lima unsur juga boleh dikatakan adalah penyempurnaan keseimbangan Yin Yang yang
mampu melengkapi kekurangan keseimbangan yin-yang dalam menjelaskan penyakit.
Di dalam teori lima unsur
digunakan lima macam unsur alam yang memiliki karakter untuk mewakili
organ-organ manusia.
Air
Air
mewakili ginjal (K) dan pundi kencing (UB).
Bersifat
dingin lembap, menurun ke bawah.
Api
Api
mewakili jantung (H) dan usus kecil (SI).
Api
mempunyai sifat panas, mengeringkan air, membumbung keatas
Kayu
Kayu
mewakili hati (LV) dan pundi hempedu (GB)
Bertumbuh
dan berkembang, lemah lembut, bergoyang apabila ditiup angin, dan dapat
terbakar sehingga menimbulkan api.
Logam
Logam
mewakili paru-paru (LU) dan usus besar (LI)
Mempunyai
sifat bersih, keras tetapi mudah diubah suai, serta mengeluarkan suara nyaring.
Tanah
Tanah
mewakili limpa (SP) dan perut (ST)
Sifatnya menumbuhkan, mudah berubah, dapat
membendung air.
Antara
lima unsur tersebut, terdapat hubungan sepert ibu dan anak, saling menghidupkan
dan saling memerlukan demi kelangsungan hidupnya.
No comments:
Post a Comment