Ada tujuh emosi, iaitu gembira, kepanikan, khuatir,
sedih, dukacita, ketakutan dan kemarahan. Di dalam teori lima unsur menjelaskan
ada keterkaitan ketujuh emosi tersebut dengan organ zang fu, setiap emosi
mempengaruhi organ tertentu.
1. Kegembiraan
Di bawah keadaan normal,
keadaan fikiran yang bahagia menguntungkan bagi tubuh badan dan mental. Tetapi
bila kegembiraan berlebihan maka ia menjadi suatu sebab penyakit dan dapat
melukai jantung atau merosak shen jiwa. Kegembiraan dapat menjadi
satu penyakit ketika ia berlebihan seperti pada orang yang mengalami ransangan
mental yang terus menerus atau kegembiraan yang berlebihan. Contohnya bila
terjadi pada remaja-remaja yang mencari keseronokan dengan menconteng tembok
atau dinding tanpa izin, minum minuman keras, mengambil dadah demi mencari
kegembiraan.Bahkan ada orang yang sampai tertawa histeria mengarah kepada
gangguan mental.
2.
Kepanikan
Kepanikan membuat jantung berdetak lebih kencang dan
membuat gelisah.Jika tidak segera diatasi akan membuat shen jantung tidak pada tempatnya. Dalam arti kata lain, fikiran
dan tubuhnya tidak berada pada tempat yang sama. Misalnya, seseorang yang
mengalami panik (panic attack) kerana
anaknya terlibat dalam kemalangan akan mengalami panik yang membuat fikirannya
sudah sampai ke lokasi anaknya walaupun badannya masih di rumah.
3.
Khuatir
Khuatir membuat orang
berfikir terus menerus sehingga menggangu fungsi limpa dan pasangannya iaitu
perut yang boleh menimbulkan kurangnya nafsu makan, kembung, lemah badan,
bahkan pada wanita akan mengganggu kitaran haid. Jika tidak segera diatasi akan
menimbulkan unsur panas yang dapat menggangu fungsi limpa dan shen jantung sehingga gejala yang timbul
akan bertambah, seperti insomnia dan jantung berdebar.
4.
Sedih
Sedih yang berlebihan akan
menggangu paru-paru dan organ lain
yang terikat dengan paru-paru seperti usus
besar. Paru-paru dan jantung juga terkait rapat kerana satu memerintah chi
dan yang satu lagi memerintah darah, dan mereka saling membantu antara satu
sama lain. Misalnya batuk kronik yang tidak dapat sembuh, walaupun sudah
diubati, ternyata penderita mengalami duka cita yang berlarutan kerana
ditinggal keluarga atau orang terdekat.
Paru-paru mengatur chi dan
kesedihan memakan chi. Hal ini sering terlihat pada nadi yang lemah dan darah
tidak mengalir dengan lancar ke arah ibu jari. Antara gejala seperti sesak
nafas, kelelahan, depresi atau menangis. Pada wanita, kekurangan chi paru-paru
sering menyebabkan kurangnya darah dan tidak datang haid.
5.
Duka
cita
Duka cita adalah
sebahagian dari kesedihan tetapi cenderung mengarah pada kepedihan terhadap
diri sendiri dan cenderung bergantung kepada seseorang. Orang yang berdukacita
akan sering menangis dan tiada selera makan. Mereka akan juga menjadi seorang
yang pesimis, selalu mengenangkan peristiwa lama (nostalgia). Keadaan ini juga
dapat mengakibatkan terganggunya sirkulasi chi seluruh badan terutama paru-paru dan usus besar.
6.
Ketakutan
Ketakutan akan membalikkan
aliran chi ginjal ke atas sehingga
menimbulkan gejala sering buang air kecil dan masalah saluran kencing. Pada
keadaan tertentu biasanya disertai sakit pinggang. Orang yang ketakutan akan cenderung
menyendiri, terlihat gugup dan pemalu. Ginjal menguasai dua organ yin bawah (anus
dan rahim) serta mengawal buka tutupnya pundi
kencing serta fungsi transformasi chi. Defisiensi chi ginjal (Qi ginjal
tidak kuat) dapat mengganggu kemampuan ginjal dalam menahan kuat dan
mengumpulkan urin sehingga menimbulkan gejala kencing tak lawas, enuresis, urin
keruh putih. Meridian di rahim atau alat kelamin lelaki berhubungan dengan
ginjal. Defisiensi chi ginjal boleh menyebabkan berbagai gangguan rahim termasuk
menstruasi tidak teratur, lemah fungsi seksual dan mati pucuk.
7.
Kemarahan
Terlalu marah akan
membakar unsur kayu dalam hati sehingga menimbulkan api hati yang berkobar ke
atas dan banyak tanda-tanda akan terlhat di kepala dan leher, seperti sakit
kepala, telinga berdengung, sakit kepala, jerawat merah di bahagian leher,
wajah merah, mata merah, kehausan, lidah merah dan rasa pahit. Secara khusus,
depresi mental yang berpanjangan sering akibat kemarahan batin yang ditindas atau dendam terhadap seseorang. Kemurungan ini mungkin kerana kemarahan yang berlarutan,
yang sering disembunyikan terhadap seorang anggota keluarga.
Kemarahan juga sering
mempengaruhi perut, limpa dan hati. Ini kerana chi yang tidak mengalir dengan
lancar menyerbu masuk ke perut dan limpa. Keadaaan ini mungkin terjadi jika
seseorang marah pada waktu makan. Hal ini sering terjadi berulang-lang di dalam
keluarga tertentu, bila anggota keluarga hanya bertemu semasa waktu makan.