Wednesday, 20 July 2011

Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG
Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.
Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Dengan urutan stimulatherapy, kami dapat mengesan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan merawat penyakit dengan kaedah urutan dan minuman herba yang 100% bebas dari dadah dan bahan kimia.

No comments:

Post a Comment