Monday, 30 January 2012

Kelebihan Sauna FIR

1. Fungsi terbesar membantu menyahtoksin dari badan melalui peluh.
Komposisi peluh biasa= 97 peratus air dan hanya 3 peratus air
Komposisi peluh dengan FIR = 80 peratus air dan 20 peratus toksin
Toksin yang dikenal pasti adalah = logam berat seperti Cadmium, plumbum, copper, racun perosak, Raksa ( Tinggi umtuk pemakan2 hasil lautan ) dan uric acid.

2. Membantu mengurangkan berat badan.Setiap 30 minute didalam FIR sauna akan membakar sehingga 600 kalori= berlari sejauh 8 km.
Lemak akan menjadi larut pada suhu peripheri dan dinyah dari badan melalui kulit. Pengunaan FIR sauna yang berterusan + diet yang baik+ motivasi yang tinggi dan mungkin bantuan program diet akan membantu anda mengurangkan berat badan anda dengan kadar yang sihat.

3. Mengurangkan masalah selulit.
Sinaran FIR mampu menembusi sehingga 4 sm ke bawah kulit dan boleh memecahkan lemak selulit dan seterus lemak ini akan dinyahkan bersama-sama peluh.


4. Membantu Sistem KardioVascular
Tindakbalas badan ke atas FIR sauna adalah sama secara physiology seperti tindakbalas kepada aktiviti senaman. Peningkatan degupan jantung, pengaliran darah yang lebih baik terutamanya ke ekstremiti, kulit dan organ dalaman. Tetapi diingatkan bahawa SAUNA tidak boleh menganti kebaikan melakukan aktiviti senaman berkala anda.

5. Membantu melancarkan Aliran Darah.Sinaran FIR akan menembusi sehingga 4cm ke dalam tubuh memanaskan tisu dan menyebabkan tindakbalas physiologi pertambahan aliran darah ke saluran darah yang terbuka dan secara tidak langsung melancarkan darah ke ektremiti ( hujung kaki dan tangan ). Meningkatnya pengaliran darah dan boleh membantu mengatasi masalah radang seperti radang sendi serta mempercepatkan proses penyembuhan.


6. Mengurangkan tekanan dan CFS.Kajian dari Barat menunjukkan kesan positive therapy FIR SAUNA untuk mengurangkan masalah tekanan perasaaan dan CFS ( Chronic Fatigue Syndrome )= syndrom keletihan tanpa diketahui sebab sebenarnya.

7. Dapatkan KULIT yang sihat.Semasa berpeluh liang roma akan terbuka dan seterusnya membuang kekotoran, minyak dan kulit mati. Ini secara langsung membantu kulit mengurangkan parut dan jerawat. Dalam perubatan moden FIR digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis.





No comments:

Post a Comment