Stimulatherapy
adalah sebuah modality yang lahir di Malaysia. Ia diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdollah yang
mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari.
Beliau telah mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya sendiri dalam
tahun 1982, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dalam tahun 1986, dan
belajar Acupuncture di Ipoh. Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik
urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan
tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM
(Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body
Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif. Thesis kajian
beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM)
di Colombo, Sri Lanka. Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau
dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.
Kemudian
Dato’ Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa
lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah
dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan
syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal
Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Dato’ Dr Rusly Abdullah sendiri
menjadi Presidennya.Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL
telah bergabung pula dengan Federation of
Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).
Urutan Stimulatherapy merupakan
satu ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang semakin hari
semakin rencam sekarang ini. Sebagai manusia kita wajib berikhtiar dengan
menggembeling dan memanfaatkan segala ilmu atau kemahiran yang dianugerahkan
oleh ALLAH SWT kepada kita.
Mengikut Vernon Coleman, pakar perubatan United Kingdom yang menulis dalam
European Medical Journal (2002) 9 dari 10 penyakit yang menyerang tubuh boleh
disembuhkan oleh sistem penyembuhan diri (self healing mechanism) yang ada
secara semula jadi dalam tubuh setiap orang. Apa yang penting, system itu perlu
dirangsang agar sentiasa siap sedia menghadapi setiap ancaman penyakit. Kaedah
paling baik, selamat dan paling berkesan untuk merangsang tubuh adalah secara
urutan dan picitan.
Semua penyakit
terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan
fisiologi, emosi dan spirituality menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi
atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ organ tertentu akan melemah dan
ini akan melemahkan juga organ organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang. Urutan
berbentuk stimulasi pada titik dan saloran tenaga terpilih akan merangsang
secara timbal balas (causal relationship) organ lain yang bersambungan dengannya. Sebagai contoh
apabila kita memicit beberapa titik disepanjang saloran jantung, ia akan turut
member kesan kepada organ usus kecil dan seterusnya pembuluh darah dan
seterusnya otak sebagai organ connectivity. Bermula dari otak ia akan menjalar
keseluruh system saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh. Maka penyakit
yang berkaitan dengan system saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan
kaedah stimulatherapy.
Sebagai sebuah
modality yang baru, tentulah ia belum begitu dikenali. Berdasarkan pengalaman
para pesakit yang pernah menerima rawatan kita sentiasa menerima maklum balas
yang amat positif. Banyak keluarga pesakit yang pada mulanya agak skeptical
kini telah menjadi pelanggan regular yang setia dengan stimulatherapy. Sikap
positif tentang kaedah stimulatherapy amat membantu, ia meningkatkan
kebarangkalian untuk pulih. Apa yang penting adalah kerjasama yang ikhlas
kedua-dua pihak.