Wednesday, 1 June 2011

Kaldai Cinta


Ini adalah salah satu daripada hasil tulisan Ustaz Mohd Pahrol Mohd Juoi. Saya begitu tertarik dan meminati hasil tulisan beliau. Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd

“Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.

Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.

Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk)  akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.

Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang  baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.

Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.

Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah  kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”

Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!

Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.

Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.

Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau  yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.

Mula-mulanya hanya  berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai  melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.

Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.

Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.

Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.

Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.

Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang buat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!

Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?

Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa.  Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.

Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!”

Monday, 30 May 2011

Bantal Panas/Tunku Letrik

Bantal Panas / Tungku Elektrik ini adalah sebagai alternatif kepada tungku batu tradisional, sesuai dengan peredaran zaman yang memerlukan kita bergerak pantas. Hanya 'charge' menggunakan kuasa elektrik selama 5-7 minit untuk kekal panas selama 3-4 jam. Terdapat dalam pelbagai warna dan saiz yang menarik, serta bentuknya yang kecil memudahkan ia dibawa kemana2.


Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelak Artritis, Sakit Servikal Vertebra, Sakit Kepala, Sakit Gigi, Sakit Leher, Bahu, Belakang, Tergeliat, Sakit Tulang/Otot Reumatisme, Sakit Haid, Sakit Perut dan lain2 lagi. Sememangnya bantal ini adalah satu2nya bantal kesihatan generasi terkini.

Model paling laris! 1st Quality 900 watts untuk kekal panas lebih lama. Tawaran Hebat!!


HARGA:

1pc = RM20, RM25 (Dgn Magnet)
(Percuma sarung bantal)

GARAM RENDAMAN KAKI/BADAN

Khasiat Garam Rendaman Kaki/Badan:-

~Mengurangkan kesakitan dari sakit gout
~Membantu mengeluarkan toksin dari badan & dapat mengelakkan virus
~Melegakan sakit2 sendi,otot,sengal dan kekejangan.
~Menyegarkan kaki dari kebas-kebas dan lenguh-lenguh.
~Mengatasi masalah kaki berair, pecah tumit kaki dan cekam kuku
~Mengurangkan masalah kaki berpeluh dan berbau
~Membantu menghilangkan kulat air
~Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh

Cara guna :-
~Ambil 2 sudu besar garam dilarut dalam air panas atau suam setinggi 4 inci (paras buku lali)
~Rendam kaki selama 30 minit


Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya. Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.
Anda boleh juga mengunakan essensial oil yang memberikan keharuman khas dan menenangkan seperti Lemonggrass, Ginger, Citrus dan Tea Tree



1beg = RM 5





















Saturday, 21 May 2011

Urutan untuk Wanita & Kanak-kanak

Kifarah dan Ujian

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya.  Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran.  Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama.  Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.  Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan.  Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya.  Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran.  Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambaNya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:-

"Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahulilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)

Tiga kategori manusia yang akan dibangkitkan di akhirat iaitu

  1. Mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah SWT yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat.
  2.  Orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan dibalas di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar.
  3.  Orang salih yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi berdepan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat kerana kesabaran menerima ujian Allah SWT ketika di dunia.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab, dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya disebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia. Allah swt menurunkan penyakit dan bala bencana kepada manusia sebagai peringatan dan balasan di atas hasil perbuatan yang mereka lakukan.

Jelas disini membuktikan bahawa setiap pihak itu perlu memainkan  peranan masing-masing.  Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang sakit agar berubat.  Pakar-pakar perubatan perlu berusaha, menyelidik dan mencari penemuan-penemuan baru untuk menangani penyakit berdasarkan latar belakang dan kepakaran masing-masing.  Masalah kesembuhan adalah urusan Tuhan.

Wednesday, 18 May 2011

Urutan Kaki

Manjakan kaki anda dengan urutan lembut dan membersih........

Setelah seharian melakukan aktiviti, tubuh akan menjadi letih dan tidak terkecuali bahagian kaki. Hampir setiap hari kaki menerima beban kerana menjadi tumpuan tubuh. Bukan itu sahaja, kaki juga kerap dipaksa menggunakan kasut tumit tinggi hingga berjam-jam lamanya.

Untuk menyegarkan kembali kaki mungkin foot spa layak dicuba. Perawatan foot spa akan membuat kaki lebih rileks, sekaligus membuat kulit kaki lebih lembut. Pendek kata foot spa merupakan pilihan yang paling tepat untuk memanjakan kaki. Adapun langkah-langkah yang dilakukan dalam foot spa antara lain merendam dan mencuci bersih kaki dengan air hangat yang telah dicampur dengan garam aromaterapi. Aroma bunga yang bercampur dengan air berfungsi  menghilangkan bau kaki.

Setelah itu, kedua-dua kaki akan diurut bagi melancarkan pengaliran darah. Tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran yang sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.

Waktu urutan kaki/foot massage: 10.30pg hingga 1.30 tgh

Urutan Kaki RM30 45 minit
Percuma rendam kaki dengan garam aromaterapi

Foot Massage RM30 45 minutes
Free foot wash with salt bath



Hubungi Pn Sue 012-7080046 atau 016-2918685
No. 2014-1A, Bangunan Dato’ Suhaimi, 
Jalan Sentul Pasar
55100 Sentul, 
Kuala Lumpur

Tuesday, 17 May 2011

Diagnosis Percuma

Promosi/Offer


Pindah Pusat Rawatan

Urutan Stimulaterapi Nur Syafia (Pn Sue) akan berpindah ke Pusat Urutan Stimulatherapy (seperti  alamat dibawah). Semua sesi perjumpaan... anda boleh datang terus ke Sentul. 






PUSAT URUTAN STIMULATHERAPY
TERAPI URUTAN & ACUPRESSURE
No. 2014-1A, Tingkat 1,
Bangunan Dato' Suhaimi,
Jalan Sentul Pasar, 55100
Kuala Lumpur



Call or SMS:-

Hakim 012-3306615
Ali 019-9866310
Sue 012-7080046/012-2918685




Kepada pelanggan kami dan untuk makluman semua, kami sedang menjalankan pengubahsuaian di pusat urutan/rawatan kami. Pusat Urutan  Stimulatherapy  akan beroperasi sepenuhnya pada hari Ahad, 22 Mei 2011.Terima kasih diatas sokongan anda yang berkunjung ke pusat rawatan kami.........



Tuesday, 10 May 2011

Pengamal Perubatan TCM/Sijil

Surat  Perakuan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplimentari Tempatan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sijil Kursus Persediaan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplemantari

Certificate in Complimentary Medicines
(Stimulatherapy)
Certificate in Complimentary Medicines
(Sub Modul:Acupresser)

Helping Children With ADHD Find Focus


Anyone who has gotten a massage understands the many benefits that it offers. Massage is usually reserved for adults or sometimes infants but what about massage for kids and adolescents? If massage helps calm the body and improve alertness, how might it help kids with attention-deficit/hyperactivity disorder ADD/(ADHD)? Can children and teenagers who can't sit still benefit from massage?

Massage for ADD/ADHD. Two recent studies conducted by the Touch Research Institute at the University of Miami reported that regular massage therapy can be an effective treatment for kids with ADD/ADHD. One study found adolescent boys who received ten 15-minute daily massages were observed by their teachers to be more focused in their schoolwork, and they fidgeted less. In addition, the children rated themselves as happier than those who participated in a relaxation therapy program.

Another study involved kids aged 7-18, 20 percent of whom were girls. Each subject received a 20-minute massage twice a week. They showed immediate improvement in their moods and longer-term behavioral improvement in the classroom. They also reported feeling happier and their teachers found them to be more attentive.

In adult studies, massage has been shown to reduce levels of the stress hormone cortisol, helping to mitigate the active fight-or-flight response. Massage also helps improve math computation performance and raises alertness levels, as measured on electroencephalograms (EEGs). Finally, massage decreases depression and increases mental focus. The same effects are seen in children and teenagers with ADHD.

Studies have suggested that ADD/ADHD may have reduced regional cerebral blood flow. Thus, they may have decreased oxygen available for cognitive functioning. Mind Booster Massage increases the oxygen flow in the blood and and the levels of oxygen available for uptake by the brain.

Please contact our qualified massage therapist for Mind Booster Massage Therapy.  The Massage can also help on many levels and at many ages from children, pre-teens, teenagers, early adulthood and adults.

Hakim - 012-3306615
Ali - 019-9866310
Sue - 012-3080046/016-2918685

Thursday, 5 May 2011

Wali Drink


WALI DRINK (3 MAGIC DRINK)
Diramuan khas daripada herba-herba terpilih yang seimbang ‘yin’ dan ‘yang’ serta dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Untuk Pembersihan Dalaman, Kesegaran dan Keseimbangan Tubuh Badan & Pengekalan Tenaga Hayat


KAMI MENJEMPUT  TUAN/PUAN UNTUK MENCUBA WALI DRINK INI. DATANG KE PUSAT RAWATAN KAMI DI:-

PUSAT URUTAN STIMULATHERAPY (SENTUL)
TERAPI URUTAN & ACUPRESSURE
No.2014-1A, Tingkat 1,
Bangunan Dato’ Suhaimi,
Jalan Sentul Pasar Dalam, 55100
Sentul, Kuala Lumpur


Waktu Operasi: 10pagi hingga 10malam

(Buka setiap hari /hubungi untuk temujanji)

Pusat Urutan Stimulatherapy (Sentul)

TERAPI URUTAN ACUPRESSURE

Adakah anda mempunyai gejala penyakit seperti berikut?

·        Asma/Semput/Lelah
·        Batuk/Bronchitis/Pneumonia
·        Sesak Nafas/Sukar Bernafas
·        Tekanan Darah Tinggi/Rendah
·        Perasaan Tidak Tenang
·        Batu Ginjal/ Radang Ginjal
·        Kencing Kotor/Infeksi Ginjal
·        Urin Mengandungi Darah/Albumin
·        Kencing Tertahan/Tak Boleh Tahan Kencing
·        Kencing Malam
·        Sembelit
·        Lemah Syahwat
·        Senggugut
·        Keputihan/Haid Tidak Teratur
·        Histeria Seksual/Dingin Seksual
·        Emosi Tidak Terkawal/ Cepat Marah

·        Leher Kaku/Leher Tegang
·        Bahu Kaku
·        Tidak Boleh Angkat Tangan
·        Siku Sakit & Kaku
·        Lengan Gementar
·        Sengal-Sengal Tulang
·        Ghout
·        Sakit Pinggang/Sakit Pinggul
·        Lutut Kaku/Lutut Dingin
·        Sakit Kaki/Kejang Otot Kaki
·        Sakit Kepala/Migraine
·        Insomnia
·        Sakit Tengkuk (Cervical Syndrom)
·        Saraf Muka Lumpuh (Bell’s Palsy)
·        Kurang Tumpuan Terhadap Pelajaran
·        Susah Ingat Pembelajaran
·        Mudah Lupa

Urutan Stimulaterapi bertujuan untuk melancarkan peredaran darah yang membolehkan lebih banyak oksigen mengalir dalam darah, mengendorkan otot-otot dan saraf yang tegang, menghilangkan endapan kotoran/racun dalam darah melalui peluh, air kencing, najis dan pernafasan. Urutan Stimulaterapi boleh juga menimbulkan perasaan tenang serta mengurangkan tekanan. Jika anda mengalami masalah seperti di atas, anda boleh mencuba urutan kami dan datang ke Pusat Rawatan di Sentul atau hubungi juruterapi kami untuk temujanji.

Hubungi kami di alamat:

Pusat Urutan Stimulatherapy (Sentul)
No. 2014-1A, Tingkat 1,
Bangunan Dato’ Suhaimi
Jalan Sentul Pasar Dalam,
51000 Sentul
Kuala Lumpur

Juruterapi Lelaki
En. Nor Hakim   012-3306615/hakimfakru@yahoo.com
En. Mohd Ali     019-9866310

Juruterapi Wanita
Pn.Sue  012-3080046/016-2918685/stimulaterapi@gmail.com


Tuesday, 12 April 2011

Nilai Kejujuran Dalam Diri

Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yang mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu-ribu kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel-sel badan untuk melakukan proses-proses tertentu. Sains lama menganggap sel-sel badan kita hanyalah “gear mesin” yang menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yang baru membuktikan bahawa sel-sel kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dengan jaringan komunikasi yang rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yang menakjubkan lagi sel-sel kita juga seolah-olah mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.


Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentilah”  dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.


Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.
Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidakjujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didalam keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yang belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress di dalam diri anda. Mereka yang hidup dengan penuh kejujuran selalunya mereka yang tenang dan punyai hubungan yang baik dgn insan-insan disekeliling mereka.

Insan yang jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yang nyata didalam kehidupan dengan pemikiran yang tidak berbelah bagi terhadap apa yang diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel-sel badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

Apa terjadi bila insan yang jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel-sel badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses-proses tertentu dengan lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dengan berkesan lagi, menghantar khasiat-khasiat ke kawasan kanser, merembeskan hormon-hormon tertentu untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan sebagainya. Sel-sel anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dengan mereka yg sebaliknya? Sel-sel badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan tidak sama dengan perbuatan, jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel-sel badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main-main je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah SWT, apabila tiba saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, adakah kita layak  mendapat pertolonganNya? Namun ramai yang masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yang Maha Pemurah inilah yang membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yang tidak bersyukur.

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dengan jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/04/kejujuran-hadiah-terbaik-untuk-diri.html#ixzz1JMaXBnnJ


Kejujuran tidak lari daripada sikap. Ia membentuk peribadi yang luhur. Begitu susah orang sekarang untuk berlaku jujur, sedangkan sikap terpuji itu membawa hikmah yang besar.


Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud), "Hendaklah kalian jujur, kerana kejujuran akan menghantarkan kepada kebaikan dan kebaikan akan menghantarkan ke syurga" (H.R. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu), hendaklah kita bersikap jujur dalam ucapan, keyakinan dan amalan.

Jujur, lawannya adalah bohong/tipu/dusta. Ada orang sanggup berbohong kerana mahu menikmati sesuatu perkara atau mencari keredhaan manusia. Sedangkan kejujuran pula adalah salah satu ciri ketakwaan yang mengangkat darjat pelakunya di sisi Allah SWT dan di kalangan manusia.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (Q.S. At-Taubah :119).

Firman Allah di atas, secara khususnya memerintahkan umat manusia yang mukmin untuk bersama-sama dengan orang yang benar dan  jujur kerana pengertian kejujuran sudah termasuk dalam bidang ketakwaan.Untuk itu, marilah kita pertahankan sikap jujur ini dalam setiap langkah laku kita. 

Rasulullah bersabda yang artinya ;

Pertahankanlah kejujuranmu, meskipun engkau menghadapi celaka. Kerana pada kejujuran itu hakikat keselamatan. Dan jauhilah perbuatan dusta, meski engkau melihat sebagai keselamatan, kerana pada ketidakjujuran itu adanya celaka.”



ALQURAN SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Kami turunkan dari AlQuran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (yang mempercayainya) dan tiadalah Al-Quran itu menambahkan kepada orang-orang zalim selain kerugian“ (Al-Israa :82)

Secara kasar Al-Quran memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi dan mengubati berbagai jenis penyakit. Terdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surah tertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "jampi" kepada mereka yang mengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT.

Islam juga mengajarkan bahawa segala jenis ubat dan terapi yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankan beban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata.

Pendek kata semakin tinggi tahap kemukminan atau akidah seseorang itu maka semakin tinggilah pula fungsi Al-Quran sebagai penyembuh itu kepada dirinya diikuti dengan semakin tingginya rahmat Allah SWT yang akan diterimanya.

Oleh kerana itu, kita disarankan supaya menjaga solat, melaksanakan perintah Allah dan memperbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT dalam keadaan meyakini bahawa Allah SWT akan menyembuhkan dan menghilangkan segala kesukaran yang dialaminya.

Kita semua tahu bahawa sesuatu penyakit itu tidaklah menyerang manusia melainkan apabila telah ada qadar (ketetapan) Allah s.w.t. keatasnya sebagai suatu ujian, pembersihan dan penghapus segala dosanya atau sebagai balasan (kifarah) akibat perbuatannya (samada berupa kezaliman atau maksiat). Tidak sekali akan sembuh penyakit seseorang melainkan menurut apa yang dikehendaki Allah. Dialah yang menurunkan (penyakit) dari langit dan menurunkan bersamanya ubatnya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud ” Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit akan sembuh dengan izin Allah.” – Riwayat Muslim dan Ahmad.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan. Yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT.