Showing posts with label Sakit sendi/lutut. Show all posts
Showing posts with label Sakit sendi/lutut. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

Sakit Tumit

Terdapat beberapa punca kesakitan tumit. Di antaranya ialah tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit yang menekan tisu lembut disekelilingnya. Sekiranya ada spur di tumit masalah agak sukar dirawat. Injeksi, ubatan, urutan tradisional hanya dapat kurang sementara saja. Anda boleh gunakan insole atau pelapik tapak kaki. Dapatkan yang berkualiti di farmasi atau kedai sukan. Insole perlu di pakai dengan kasut kain dan tidak boleh guna kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh mengubah mekanikal badan terutama di tumit, lutut, pinggul dan pinggang dalam jangka masa yang panjang.

Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, jadi segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.

Gejala dan Simtom:-
1) Sakit terasa berdiri dan berjalan
2) Kelemahan otot hamsring dan betis
3) Sendi pergelangan kaki keras.

Lain-lain sebab sakit tumit adalah disebabkan oleh tulang-tulang tapak kaki telah jatuh atau flat foot. Masalah lain ialah plantar fasiatis iaitu kebengkakan ligamen atau urat tulang tapak kaki.

Dalam perubatan refleksologi bahagian tapak kaki mewakili organ-organ pencernaan seperti rektum, usus, buah pinggang, pundi kencing dan pelvis. Memang dalam perubatan refleksologi sekiranya organ-organ ini tidak seimbang atau bermasalah, otak akan reflekkan kesakitan di kawasan tapak kaki dan tumit. Dalam perubatan stimulatheraphy pula, sekiranya organ-organ utama badan bermasalah, refleknya akan dapat dirasa di atas kepala. Saya juga mencadangkan agar anda rendam kaki dalam air suam campur garam rendam kaki setiap hari selama 20 minit.

Untuk perubatan alternatif bolehlah cuba rawatan urutan stimulatherapy kami di Pusat Urutan Stimulatheraphy Sentul

Wednesday, 23 March 2011

Sindrom Carpal Tunnel

Cure Carpal Tunnel Syndrome

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini. Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Diagnosis

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunnel tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan. Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut. Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.

Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

Rawatan

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.

Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

Oleh: DR. MOHD MAHAMUD MUSMAN (Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

Salah satu rawatan terapi untuk Sindrom Carpal Tunnel adalah rawatan kombinasi stimulaterapi dan akupresur. Terapi ini sesuai sebagai komplimentari kepada rawatan perubatan barat. Dengan meningkatkan peredaran darah dan merehatkan otot-otot, urutan akupresur mampu membantu tubuh mengalirkan lebih oksigen dan nutrisi ke jaringan dan organ-organ utama.

Thursday, 17 March 2011

Sakit Sendi/Lutut


Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah lutut. Keadaan ini berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan latar belakang etnik. Seringkali pada wanita yang berumur lebih 50 tahun sering mengadu mengalami sakit sendi terutama pada bahagian lutut kerana sendi telah mula haus. 


Kajian menunjukkan wanita mengalami masalah sakit sendi yang lebih kerap dan lebih teruk berbanding lelaki. Jika anda seorang wanita, sakit sendi yang menyerang pasti akan terasa lebih teruk berbanding lelaki dan ia lazimnya akan membabitkan lebih banyak bahagian badan. 

Wanita lazimnya lebih sensitif terhadap rasa sakit. Selain mengalaminya dengan lebih kerap, sakit sendi juga mudah menyerang lebih banyak bahagian badan wanita berbanding lelaki," kata Tarvez Tucker, MD, pakar kesakitan dan pengarah Pain Clinic di pusat perubatan University Kentuckey di Lexington.

Tubuh wanita berbeza dengan tubuh lelaki daripada banyak aspek, dan faktor ini mungkin menyebabkan wanita mengalami kesan yang berlainan akibat sakit sendi berbanding lelaki. Pertama wanita memiliki rawan sendi yang nipis berbanding lelaki, walaupun anda mengambil kira jisim tubuh. Apabila rawan nipis, maka kusyen juga akan berkurangan menyebabkan simptom kemerosotan rawan yang berlaku akan lebih dirasai oleh wanita.

Punca Penyakit
ÙHormon pada wanita berkurangan kerana 'menopaus' (putus haid)
ÙPergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut
ÙIa menyebabkan tulang menjadi lembut dan cepat haus
ÙPertambahan berat badan (over weight) yang tidak mampu menahan beban tubuh
ÙOtot-otot dan sendi yang semakin lemah
ÙKurang aktiviti sukan
ÙPeningkatan usia
ÙOsteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
ÙMasalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid arthritis dan systemic lupus arythematosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkan lutut secara kekal.

Simtom     
ÙSakit dan terasa bunyi meletup dalam sendi dan lutut cepat bengkak kerana terdapat pendarahan
ÙCedera kerana putusnya urat 'cruciate'
ÙBengkak atau sakit seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lenguh atau panas pijar seperti kena lada
ÙSukar untuk berdiri



Rawatan
ÙUbatan untuk mengurangkan sakit seperti aspirin dan acetaminophen.
ÙUbatan untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan seperti ibuprofen dan ubat anti radang bukan steroid (NSAID).
ÙSenaman bagi meningkatkan pergerakan dan kekuatan.
Ù Pengurangan berat badan.
ÙTerapi fizikal
ÙPembedahan penggantian lutut (bagi lutut yang rosak secara serius)

Langkah pencegahan:
ÙLakukan aktiviti sukan seperti berjoging dan berenang
ÙMakan makanan yang seimbang
ÙLebihkan keperluan kalsium (1,000 - 1,500mg) sehari
ÙKurangkan berat badan
ÙKurangkan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan kecederaan pada lutut


Keberkatan Surah Yassin (Ayat 78 & 79) - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?
[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)


Bagi anda yang ingin berjumpa dengan saya untuk rawatan sakit lutut dan sendi, sila hubungi, Pn Sue di 012-7080046/016-2918685. Untuk Puan yang mengalami gangguan urat saraf seperti sakit di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang, tulang belikat, sendi-sendi,otot-otot, tangan, kaki, tapak kaki boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.