Showing posts with label TCM/Organ. Show all posts
Showing posts with label TCM/Organ. Show all posts

Monday, 13 May 2013

Sejarah Stimulatherapy

Sejarah Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah sebuah modality yang lahir di Malaysia. Ia diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari. Beliau telah mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya sendiri dalam tahun 1982, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dalam tahun 1986, dan belajar Acupuncture di Ipoh. Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif. Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka. Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

Kemudian Dato’ Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Dato’ Dr Rusly Abdullah sendiri menjadi Presidennya.Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).

Urutan Stimulatherapy merupakan satu ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang semakin hari semakin rencam sekarang ini. Sebagai manusia kita wajib berikhtiar dengan menggembeling dan memanfaatkan segala ilmu atau kemahiran yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Mengikut Vernon Coleman, pakar perubatan United Kingdom yang menulis dalam European Medical Journal (2002) 9 dari 10 penyakit yang menyerang tubuh boleh disembuhkan oleh sistem penyembuhan diri (self healing mechanism) yang ada secara semula jadi dalam tubuh setiap orang. Apa yang penting, system itu perlu dirangsang agar sentiasa siap sedia menghadapi setiap ancaman penyakit. Kaedah paling baik, selamat dan paling berkesan untuk merangsang tubuh adalah secara urutan dan picitan.

Semua penyakit terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan fisiologi, emosi dan spirituality menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ organ tertentu akan melemah dan ini akan melemahkan juga organ organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang. Urutan berbentuk stimulasi pada titik dan saloran tenaga terpilih akan merangsang secara timbal balas (causal relationshiporgan lain yang bersambungan dengannya. Sebagai contoh apabila kita memicit beberapa titik disepanjang saloran jantung, ia akan turut member kesan kepada organ usus kecil dan seterusnya pembuluh darah dan seterusnya otak sebagai organ connectivity. Bermula dari otak ia akan menjalar keseluruh system saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh. Maka penyakit yang berkaitan dengan system saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan kaedah stimulatherapy.

Sebagai sebuah modality yang baru, tentulah ia belum begitu dikenali. Berdasarkan pengalaman para pesakit yang pernah menerima rawatan kita sentiasa menerima maklum balas yang amat positif. Banyak keluarga pesakit yang pada mulanya agak skeptical kini telah menjadi pelanggan regular yang setia dengan stimulatherapy. Sikap positif tentang kaedah stimulatherapy amat membantu, ia meningkatkan kebarangkalian untuk pulih. Apa yang penting adalah kerjasama yang ikhlas kedua-dua pihak.

Monday, 29 April 2013

Penyebab Penyakit Dalam dan Emosi


Ada tujuh emosi, iaitu gembira, kepanikan, khuatir, sedih, dukacita, ketakutan dan kemarahan. Di dalam teori lima unsur menjelaskan ada keterkaitan ketujuh emosi tersebut dengan organ zang fu, setiap emosi mempengaruhi organ tertentu.

1.     Kegembiraan
Di bawah keadaan normal, keadaan fikiran yang bahagia menguntungkan bagi tubuh badan dan mental. Tetapi bila kegembiraan berlebihan maka ia menjadi suatu sebab penyakit dan dapat melukai jantung atau merosak shen jiwa. Kegembiraan dapat menjadi satu penyakit ketika ia berlebihan seperti pada orang yang mengalami ransangan mental yang terus menerus atau kegembiraan yang berlebihan. Contohnya bila terjadi pada remaja-remaja yang mencari keseronokan dengan menconteng tembok atau dinding tanpa izin, minum minuman keras, mengambil dadah demi mencari kegembiraan.Bahkan ada orang yang sampai tertawa histeria mengarah kepada gangguan mental.

2.     Kepanikan
Kepanikan membuat jantung berdetak lebih kencang dan membuat gelisah.Jika tidak segera diatasi akan membuat shen jantung tidak pada tempatnya. Dalam arti kata lain, fikiran dan tubuhnya tidak berada pada tempat yang sama. Misalnya, seseorang yang mengalami panik (panic attack) kerana anaknya terlibat dalam kemalangan akan mengalami panik yang membuat fikirannya sudah sampai ke lokasi anaknya walaupun badannya masih di rumah.

3.     Khuatir
Khuatir membuat orang berfikir terus menerus sehingga menggangu fungsi limpa dan pasangannya iaitu perut yang boleh menimbulkan kurangnya nafsu makan, kembung, lemah badan, bahkan pada wanita akan mengganggu kitaran haid. Jika tidak segera diatasi akan menimbulkan unsur panas yang dapat menggangu fungsi limpa dan shen jantung sehingga gejala yang timbul akan bertambah, seperti insomnia dan jantung berdebar.

4.     Sedih
Sedih yang berlebihan akan menggangu paru-paru dan organ lain yang terikat dengan paru-paru seperti usus besar. Paru-paru dan jantung juga terkait rapat kerana satu memerintah chi dan yang satu lagi memerintah darah, dan mereka saling membantu antara satu sama lain. Misalnya batuk kronik yang tidak dapat sembuh, walaupun sudah diubati, ternyata penderita mengalami duka cita yang berlarutan kerana ditinggal keluarga atau orang terdekat.

Paru-paru mengatur chi dan kesedihan memakan chi. Hal ini sering terlihat pada nadi yang lemah dan darah tidak mengalir dengan lancar ke arah ibu jari. Antara gejala seperti sesak nafas, kelelahan, depresi atau menangis. Pada wanita, kekurangan chi paru-paru sering menyebabkan kurangnya darah dan tidak datang haid.

5.     Duka cita
Duka cita adalah sebahagian dari kesedihan tetapi cenderung mengarah pada kepedihan terhadap diri sendiri dan cenderung bergantung kepada seseorang. Orang yang berdukacita akan sering menangis dan tiada selera makan. Mereka akan juga menjadi seorang yang pesimis, selalu mengenangkan peristiwa lama (nostalgia). Keadaan ini juga dapat mengakibatkan terganggunya sirkulasi chi seluruh badan terutama paru-paru dan usus besar.

6.     Ketakutan
Ketakutan akan membalikkan aliran chi ginjal ke atas sehingga menimbulkan gejala sering buang air kecil dan masalah saluran kencing. Pada keadaan tertentu biasanya disertai sakit pinggang. Orang yang ketakutan akan cenderung menyendiri, terlihat gugup dan pemalu. Ginjal menguasai dua organ yin bawah (anus dan rahim) serta mengawal buka tutupnya pundi kencing serta fungsi transformasi chi. Defisiensi chi ginjal (Qi ginjal tidak kuat) dapat mengganggu kemampuan ginjal dalam menahan kuat dan mengumpulkan urin sehingga menimbulkan gejala kencing tak lawas, enuresis, urin keruh putih. Meridian di rahim atau alat kelamin lelaki berhubungan dengan ginjal. Defisiensi chi ginjal boleh menyebabkan berbagai gangguan rahim termasuk menstruasi tidak teratur, lemah fungsi seksual dan mati pucuk.

7.     Kemarahan
Terlalu marah akan membakar unsur kayu dalam hati sehingga menimbulkan api hati yang berkobar ke atas dan banyak tanda-tanda akan terlhat di kepala dan leher, seperti sakit kepala, telinga berdengung, sakit kepala, jerawat merah di bahagian leher, wajah merah, mata merah, kehausan, lidah merah dan rasa pahit. Secara khusus, depresi mental yang berpanjangan sering akibat kemarahan batin  yang ditindas  atau dendam terhadap seseorang. Kemurungan ini mungkin kerana kemarahan yang berlarutan, yang sering disembunyikan terhadap seorang anggota keluarga.

Kemarahan juga sering mempengaruhi perut, limpa dan hati. Ini kerana chi yang tidak mengalir dengan lancar menyerbu masuk ke perut dan limpa. Keadaaan ini mungkin terjadi jika seseorang marah pada waktu makan. Hal ini sering terjadi berulang-lang di dalam keluarga tertentu, bila anggota keluarga hanya bertemu semasa waktu makan.

Tuesday, 28 June 2011

Hati dan Penyakit, Hati dan Perasaan

Hati adalah organ terpenting dalam badan manusia selepas jantung, melaksanakan tugas penting seperti metabolisma, menyahtoksik dan pembentukan sebatian termasuk pembekuan darah. Ia juga menapis, mengawal dan menyimpan darah.

Tekanan hidup atau ‘stress’, pengamalan diet yang tidak sihat, pengambilan ubat yang berlebihan adalah masalah biasa dalam cara hidup masyarakat moden kini. Ini akan menyebabkan tekanan dan kerosakan pada hati.

Hati juga mengawal dan mengatur fungsi badan yang mempengaruhi aktiviti mental dan emosi. Dalam teori Traditional and Complementary Medicine  (TCM), organ hati/liver (yin) dan organ pundi hempedu/gall bladder (yang) berhubungan langsung dengan mata, maksudnya adalah apabila ada kelainan pada mata maka yang dicurigai adalah adanya kelainan pada organ hati atau pundi hempedu, dan sebaliknya apabila organ hati sakit, maka akan mengakibatkan gangguan pada mata. Air mata adalah cairan yang dikeluarkan oleh mata. Jika air mata keluar tak terkendali maka kecurigaan pertama adalah kelainan fungsi organ hati atau pundi hempedu.

Didalam keadaaan penyakit, fungsi menyimpan darah dan pengawalan akan terjejas dan pendarahan atau pembekuan darah atau “clots˝ akan terhasil. Apabila darah dalam hati berkurangan, khasiat nutrien ke tendon, urat dan otot akan terganggu. Begitu juga sebaliknya jika tendon bekerja terlalu berat maka dapat melukai organ hati dan pundi hempedu.

Emosi yang berhubungan dengan organ hati/pundi hempedu  adalah marah dan bermusuhan. Jika orang terlalu  marah, depressi yang berpanjangan, maka boleh mengakibatkan organ hati/pundi hempedu  sakit, dan sebaliknya orang yang mengalami gangguan hati/ pundi hempedu biasanya mudah marah atau bermusuhan.

Menjerit adalah cerminan dari aktiviti hati, jika seseorang mengalami gangguan hati/pundi hempedu, dia akan cenderung banyak menjerit atau terlalu banyak menjerit dapat menyebabkan organ hati dan pundi hempedu sakit.

Perjalanan meridian hati melingkari organ kelamin. Hati bukan sahaja mempengaruhi jaringan tendon tetapi juga mempengaruhi pergerakan dan alat kelamin (penis dan vagina). Ia adalah organ atau channel penting yang melibatkan kitaran haid wanita seperti masalah haid tidak teratur dan masalah gynaecology yang lain.
  
Angin adalah hawa udara yang satu kelompok dengan organ hati dan pundi hempedu, orang yang mengalami kelainan hati maka akan sensitif terhadap angin dan sebaliknya apabila orang sering terkena angin misalnya angin malam, maka organ yang terserang adalah hati dan pundi hempedu.

Rasa yang mempengaruhi organ hati/pundi hempedu adalah rasa asam. Jika terlalu banyak makan makanan yang berasa asam maka organ hati/pundi hempedu dapat sakit atau jika organ hati/pundi hempedu ada gangguan, biasanya orang cenderung akan makan yang berasa asam.