Wednesday, 25 September 2013

Organs and Emotions According to TCM

Organ / Emotion

Organ
Emotions associated with good Qi flow
Emotions associated with blocked Qi flow
Heart
Love, Self-Esteem, Self-Worth, Compassion
Insecurity, Self-Doubt, Anger, Hate
Liver
Happiness, Contentment,
Hostility, Irritability, Bitterness
Lung
Open-Mindedness, Cheerfulness, Tolerance
Contempt, Regret, Depression
Kidney
Sexual Security, Loyalness, Creative Security
Fear, Anxiety, Paranoia
Stomach
Sympathy, Empathy, Harmony
Criticism, Disappointment, Disgust
Circulation
Tranquility, Relaxation, Generosity
Stubborness, Gloominess, Jealousy
Spleen
Approval, Confidence, Consideration
Anxiety, Alienation, Indifference
Bladder
Peace, Confidence, Courage
Fear, Anxiety, Dread
Gallbladder
Adoration, Assertivenss, Love
Boredom, Impotence, Anger
Small Intestine
Appreciated, Joy, Nurturing
Sorrow, Sadness, Discouraged
Large Intestine
Self-Worth, Enthusiasm, Freedom
Guilt, Depression, Apathy
Triple Warmer
Hope, Balance, Elation
Loneliness, Humiliation, Despair


Monday, 13 May 2013

Sejarah Stimulatherapy

Sejarah Stimulatherapy

Stimulatherapy adalah sebuah modality yang lahir di Malaysia. Ia diasaskan oleh Dato’ Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari. Beliau telah mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya sendiri dalam tahun 1982, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dalam tahun 1986, dan belajar Acupuncture di Ipoh. Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif. Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka. Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

Kemudian Dato’ Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Dato’ Dr Rusly Abdullah sendiri menjadi Presidennya.Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).

Urutan Stimulatherapy merupakan satu ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang semakin hari semakin rencam sekarang ini. Sebagai manusia kita wajib berikhtiar dengan menggembeling dan memanfaatkan segala ilmu atau kemahiran yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Mengikut Vernon Coleman, pakar perubatan United Kingdom yang menulis dalam European Medical Journal (2002) 9 dari 10 penyakit yang menyerang tubuh boleh disembuhkan oleh sistem penyembuhan diri (self healing mechanism) yang ada secara semula jadi dalam tubuh setiap orang. Apa yang penting, system itu perlu dirangsang agar sentiasa siap sedia menghadapi setiap ancaman penyakit. Kaedah paling baik, selamat dan paling berkesan untuk merangsang tubuh adalah secara urutan dan picitan.

Semua penyakit terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan fisiologi, emosi dan spirituality menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ organ tertentu akan melemah dan ini akan melemahkan juga organ organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang. Urutan berbentuk stimulasi pada titik dan saloran tenaga terpilih akan merangsang secara timbal balas (causal relationshiporgan lain yang bersambungan dengannya. Sebagai contoh apabila kita memicit beberapa titik disepanjang saloran jantung, ia akan turut member kesan kepada organ usus kecil dan seterusnya pembuluh darah dan seterusnya otak sebagai organ connectivity. Bermula dari otak ia akan menjalar keseluruh system saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh. Maka penyakit yang berkaitan dengan system saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan kaedah stimulatherapy.

Sebagai sebuah modality yang baru, tentulah ia belum begitu dikenali. Berdasarkan pengalaman para pesakit yang pernah menerima rawatan kita sentiasa menerima maklum balas yang amat positif. Banyak keluarga pesakit yang pada mulanya agak skeptical kini telah menjadi pelanggan regular yang setia dengan stimulatherapy. Sikap positif tentang kaedah stimulatherapy amat membantu, ia meningkatkan kebarangkalian untuk pulih. Apa yang penting adalah kerjasama yang ikhlas kedua-dua pihak.

Monday, 29 April 2013

Penyebab Penyakit Dalam dan Emosi


Ada tujuh emosi, iaitu gembira, kepanikan, khuatir, sedih, dukacita, ketakutan dan kemarahan. Di dalam teori lima unsur menjelaskan ada keterkaitan ketujuh emosi tersebut dengan organ zang fu, setiap emosi mempengaruhi organ tertentu.

1.     Kegembiraan
Di bawah keadaan normal, keadaan fikiran yang bahagia menguntungkan bagi tubuh badan dan mental. Tetapi bila kegembiraan berlebihan maka ia menjadi suatu sebab penyakit dan dapat melukai jantung atau merosak shen jiwa. Kegembiraan dapat menjadi satu penyakit ketika ia berlebihan seperti pada orang yang mengalami ransangan mental yang terus menerus atau kegembiraan yang berlebihan. Contohnya bila terjadi pada remaja-remaja yang mencari keseronokan dengan menconteng tembok atau dinding tanpa izin, minum minuman keras, mengambil dadah demi mencari kegembiraan.Bahkan ada orang yang sampai tertawa histeria mengarah kepada gangguan mental.

2.     Kepanikan
Kepanikan membuat jantung berdetak lebih kencang dan membuat gelisah.Jika tidak segera diatasi akan membuat shen jantung tidak pada tempatnya. Dalam arti kata lain, fikiran dan tubuhnya tidak berada pada tempat yang sama. Misalnya, seseorang yang mengalami panik (panic attack) kerana anaknya terlibat dalam kemalangan akan mengalami panik yang membuat fikirannya sudah sampai ke lokasi anaknya walaupun badannya masih di rumah.

3.     Khuatir
Khuatir membuat orang berfikir terus menerus sehingga menggangu fungsi limpa dan pasangannya iaitu perut yang boleh menimbulkan kurangnya nafsu makan, kembung, lemah badan, bahkan pada wanita akan mengganggu kitaran haid. Jika tidak segera diatasi akan menimbulkan unsur panas yang dapat menggangu fungsi limpa dan shen jantung sehingga gejala yang timbul akan bertambah, seperti insomnia dan jantung berdebar.

4.     Sedih
Sedih yang berlebihan akan menggangu paru-paru dan organ lain yang terikat dengan paru-paru seperti usus besar. Paru-paru dan jantung juga terkait rapat kerana satu memerintah chi dan yang satu lagi memerintah darah, dan mereka saling membantu antara satu sama lain. Misalnya batuk kronik yang tidak dapat sembuh, walaupun sudah diubati, ternyata penderita mengalami duka cita yang berlarutan kerana ditinggal keluarga atau orang terdekat.

Paru-paru mengatur chi dan kesedihan memakan chi. Hal ini sering terlihat pada nadi yang lemah dan darah tidak mengalir dengan lancar ke arah ibu jari. Antara gejala seperti sesak nafas, kelelahan, depresi atau menangis. Pada wanita, kekurangan chi paru-paru sering menyebabkan kurangnya darah dan tidak datang haid.

5.     Duka cita
Duka cita adalah sebahagian dari kesedihan tetapi cenderung mengarah pada kepedihan terhadap diri sendiri dan cenderung bergantung kepada seseorang. Orang yang berdukacita akan sering menangis dan tiada selera makan. Mereka akan juga menjadi seorang yang pesimis, selalu mengenangkan peristiwa lama (nostalgia). Keadaan ini juga dapat mengakibatkan terganggunya sirkulasi chi seluruh badan terutama paru-paru dan usus besar.

6.     Ketakutan
Ketakutan akan membalikkan aliran chi ginjal ke atas sehingga menimbulkan gejala sering buang air kecil dan masalah saluran kencing. Pada keadaan tertentu biasanya disertai sakit pinggang. Orang yang ketakutan akan cenderung menyendiri, terlihat gugup dan pemalu. Ginjal menguasai dua organ yin bawah (anus dan rahim) serta mengawal buka tutupnya pundi kencing serta fungsi transformasi chi. Defisiensi chi ginjal (Qi ginjal tidak kuat) dapat mengganggu kemampuan ginjal dalam menahan kuat dan mengumpulkan urin sehingga menimbulkan gejala kencing tak lawas, enuresis, urin keruh putih. Meridian di rahim atau alat kelamin lelaki berhubungan dengan ginjal. Defisiensi chi ginjal boleh menyebabkan berbagai gangguan rahim termasuk menstruasi tidak teratur, lemah fungsi seksual dan mati pucuk.

7.     Kemarahan
Terlalu marah akan membakar unsur kayu dalam hati sehingga menimbulkan api hati yang berkobar ke atas dan banyak tanda-tanda akan terlhat di kepala dan leher, seperti sakit kepala, telinga berdengung, sakit kepala, jerawat merah di bahagian leher, wajah merah, mata merah, kehausan, lidah merah dan rasa pahit. Secara khusus, depresi mental yang berpanjangan sering akibat kemarahan batin  yang ditindas  atau dendam terhadap seseorang. Kemurungan ini mungkin kerana kemarahan yang berlarutan, yang sering disembunyikan terhadap seorang anggota keluarga.

Kemarahan juga sering mempengaruhi perut, limpa dan hati. Ini kerana chi yang tidak mengalir dengan lancar menyerbu masuk ke perut dan limpa. Keadaaan ini mungkin terjadi jika seseorang marah pada waktu makan. Hal ini sering terjadi berulang-lang di dalam keluarga tertentu, bila anggota keluarga hanya bertemu semasa waktu makan.

Teori Penyeimbangan Energi dan 5 Unsur

Konsep dasar kedoktoran Cina adalah dari hasil falsafah Tao. Istilah Tao dapat diartikan ‘jalan’ atau hukum pedoman atau satu aturan atau satu konsep. Konsep Yin-Yang adalah konsep di dalam Tao yang mengambarkan sifat Yin-Yang yang saling berkait; semua benda di dunia ini mengandungi sifat kedua-duanya.

Sistem terapi atau perubatan Cina yang tertulis dalam buku Huang Ti Nei Jing Su Wen pada zaman Maharaja Kuning (The Yellow Emperor) percaya bahawa dalam tubuh manusia tedapat 2 tenaga hayat (Body Natural Forces) iaitu Yin dan Yang.

Konsep Yin-yang mungkin adalah teori Kedoktoran Cina yang paling penting dan khas. Konsep Yin-Yang, bersama konsep Qi atau Chi telah meresapi falsafah Cina selama berabad-abad dan berbeza secara radikal dengan philosophi Barat. Yin adalah tenaga pasif (feminine/receiving), Yang pula adalah tenaga agresif (masculine/stimulating)

Konsep Yin-Yang mengambarkan hubungan saling berlawanan atau bertentangan tetapi saling bergantung dan saling melengkapi. Tidak ada yang seluruhnya Yin atau seluruhnya Yang.

Yin
Yang
Gelap
Terang
Bulan
Matahari
Bumi
Langit
Utara
Selatan
Perempuan
Lelaki
Kanan
Kiri
Air
Api
Dingin
Panas
Basah
Kering
Lembut
Keras
Tenang
Gelisah

Berdasarkan prinsip pengubatan Cina, organ tubuh manusia dibahagikan menjadi Yin dan Yang saling terkait, organ berunsur Yin adalah semua organ yang berbentuk padat (organ Zang). Yin juga menyimbolkan penyimpanan. Organ Zang (Yin) ada lima terdiri daripada jantung (Heart), hati (Liver), ginjal (Kidney), limpa (Spleen) dan paru-paru (Lung). Organ berunsur Yang adalah semua organ yang memiliki rongga (Organ Fu). Yang menyimbolkan perubahan bentuk dan perubahan. Hal ini dicerminkan didalam fungsi organ-organ Yang yang terus menerus diisi dan dikosongkan dan terus menerus melakukan perubahan bentuk, mengangkut dan mengeluarkan. Organ Yang yang termasuk dalam kelompok organ lima Fu (Yang) ialah pundi hempedu (Gall Bladder), pundi kencing (Urinary Bladder), perut (Stomach), usus kecil (Small Intestine), usus besar (Large Intestine)


Para pemikir Tao juga merangkum pola alam semesta termasuk organ manusia menjadi lima unsur. Teori lima unsur juga boleh dikatakan adalah penyempurnaan keseimbangan Yin Yang yang mampu melengkapi kekurangan keseimbangan yin-yang dalam menjelaskan penyakit.
Di dalam teori lima unsur digunakan lima macam unsur alam yang memiliki karakter untuk mewakili organ-organ manusia.

                Air
Air mewakili ginjal (K) dan pundi kencing (UB).
Bersifat dingin lembap, menurun ke bawah.

Api
Api mewakili jantung (H) dan usus kecil (SI).
Api mempunyai sifat panas, mengeringkan air, membumbung keatas

Kayu
Kayu mewakili hati (LV) dan pundi hempedu (GB)
Bertumbuh dan berkembang, lemah lembut, bergoyang apabila ditiup angin, dan dapat terbakar sehingga menimbulkan api.

Logam
Logam mewakili paru-paru (LU) dan usus besar (LI)
Mempunyai sifat bersih, keras tetapi mudah diubah suai, serta mengeluarkan suara nyaring.

Tanah
Tanah mewakili limpa (SP) dan perut (ST)
Sifatnya menumbuhkan, mudah berubah, dapat membendung air.

Antara lima unsur tersebut, terdapat hubungan sepert ibu dan anak, saling menghidupkan dan saling memerlukan demi kelangsungan hidupnya.

Sunday, 28 April 2013

Carpal Tunnel Syndrome


SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini. Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.
* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

Diagnosis

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.
2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunnel tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan. Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut. Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.

Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

Rawatan

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.
* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.
* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk. Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.

Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

Oleh: DR. MOHD MAHAMUD MUSMAN (Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

Salah satu rawatan terapi untuk Sindrom Carpal Tunnel adalah rawatan kombinasi stimulaterapi dan akupresur