Tuesday 12 April 2011

Nilai Kejujuran Dalam Diri

Kejujuran - Suatu sikap atau sifat yang makin hari makin hilang pada diri kebanyakan manusia, baik jujur pada diri sendiri mahupun kepada insan yang lain. Selama ini kita hanya mengetahui bahawa jika kita tidak jujur, berbohong atau tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu itu kita akan mendapat dosa dan balasannya samada di dunia atau pun diakhirat. Dengan kehidupan yg semakin hari semakin tertekan, dengan darah sentiasa punyai hormon cortisol dan andrenalin yang mengurangkan aliran darah ke frontal lobe, manusia tidak boleh melihat kesan dari perbuatan tidak jujur itu tadi, jika balasan didunia sudah tidak boleh dipertimbangkan apatah lagi balasan diakhirat.

Setiap perbuatan itu bermula di otak, dari apa yg difikirkan dan diniatkan, setiap fikiran itu juga akan merembeskan beribu-ribu kimia emosi (peptide) hormon dan steroid untuk manusia “mengarahkan” sel-sel badan untuk melakukan proses-proses tertentu. Sains lama menganggap sel-sel badan kita hanyalah “gear mesin” yang menjalankan tindakan hasil dari arahan dari otak melalui sistem saraf, sains yang baru membuktikan bahawa sel-sel kita juga adalah satu komuniti yg berinteraksi dengan jaringan komunikasi yang rumit baik dari aliran elektrik dari sistem saraf mahupun secara kimia. Apa yang menakjubkan lagi sel-sel kita juga seolah-olah mempunyai kebijaksanaannya tersendiri untuk membantu manusia hidup didunia ini tetapi ianya hanya menerima arahan dari otak melalui apa yg difikirkan.


Dari perenggan diatas, apa kena mengena pula dgn kejujuran? Mari kita ambil satu senario. Tahun baru menjelang dan anda menanam azam yg kuat untuk berhenti merokok, pada pagi tahun baru anda masih boleh menahan ketagihan anda lagi, tetapi selepas sahaja makan tengahari anda sudah mula gelisah, terdetik di fikiran anda, “ala sebatang je” atau pun “takpela, tahun depan aku berhentilah”  dan tanpa berlengah2 lagi anda lupa apa azam yg dibuat dan kembali merokok dan menikmatinya dgn enaknya.


Dalam senario ini, anda sudah tidak jujur dgn diri anda sendiri, kerana pada mulanya anda sudah menanam azam yg kuat tetapi bila tiba masanya anda berubah fikiran. Ini kejujuran pada diri sendiri, bagaimana pula kejujuran dgn insan lain, apa yg anda katakan tidak sama dgn apa yg anda lakukan, apakah kesan yg selama ini kita tidak boleh lihat pada diri sendiri.
Sebenarnya didunia lagi balasan terhadap ketidakjujuran ini sudah dirasai, hampir semua mereka yg mengambil lewa akan kejujuran ini selalunya hidup didalam keadaan tertekan atau stress. Selalunya manusia tidak jujur dan berbohong kerana takutkan sesuatu, perasaan takut ini walaupun terhadap sesuatu yang belum terjadi sudah cukup untuk mengaktifkan hormon stress di dalam diri anda. Mereka yang hidup dengan penuh kejujuran selalunya mereka yang tenang dan punyai hubungan yang baik dgn insan-insan disekeliling mereka.

Insan yang jujur punyai peribadi yg mulia, punyai fokus dan arah tuju yang nyata didalam kehidupan dengan pemikiran yang tidak berbelah bagi terhadap apa yang diucapkan, yakni niat dan perbuatan itu selari. Ini dari segi biologinya pula membuatkan fikiran dan juga sel-sel badan kita menjadi satu dan tidak keliru didalam proses mengeluarkan tindak tanduk dan perbuatan hasil dari apa yg diniat/fikirkan pada asalnya.

Apa terjadi bila insan yang jujur ini ditimpa penyakit contohnya kanser? Jika dia menanamkan niat mahukan kesembuhan dan selalu berdoa untuk tujuan tersebut, bukankah sel-sel badannya akan membantu dirinya untuk menjalankan proses penyembuhan tersebut dan akan melakukan proses-proses tertentu dengan lebih rancak lagi seperti menaikan kadar serapan protein, memaksimakan proses penghadaman protein dengan berkesan lagi, menghantar khasiat-khasiat ke kawasan kanser, merembeskan hormon-hormon tertentu untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan sebagainya. Sel-sel anda tidak keliru kerana sudah biasa dgn sikap anda yg “cakap serupa bikin”. Bagaimana pula dengan mereka yg sebaliknya? Sel-sel badan akan keliru seperti biasa kerana apa yg diniatkan tidak sama dengan perbuatan, jadi begaimana insan tersebut akan mendapat bantuan dari “dalam” dirinya sendiri untuk sembuh? Sel-sel badan anda secara kolektifnya berkata "ala tuan aku ni main-main je, bukahkah selalunya dia cakap tak serupa bikin"

Jika dilihat dari segi solat pula, jika solat yg didirikan bukan niat ikhlas dan jujur kerana Allah SWT, apabila tiba saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, adakah kita layak  mendapat pertolonganNya? Namun ramai yang masih tidak sedar, disebabkan sifat Allah yang Maha Pemurah inilah yang membuatkan doa kita termakbul walaupun kita hanya meminta disaat terdesak, lupa padaNya disaat senang, sihat dan gembira. Sesungguhnya ramai antara manusia itu terdiri dari golongan mereka yang tidak bersyukur.

Bersifat jujurlah, terutamanya pada diri sendiri. Kejujuran itu untuk kebaikan diri anda sendiri dan bukan untuk insan lain. Bersolatlah dengan jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, moga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yg munafik. Kejujuran adalah hadiah paling berharga yang anda boleh berikan pada diri anda sendiri, dari diri anda ia akan memberi manafaat kepada insan disekeliling anda pula.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/04/kejujuran-hadiah-terbaik-untuk-diri.html#ixzz1JMaXBnnJ


Kejujuran tidak lari daripada sikap. Ia membentuk peribadi yang luhur. Begitu susah orang sekarang untuk berlaku jujur, sedangkan sikap terpuji itu membawa hikmah yang besar.


Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud), "Hendaklah kalian jujur, kerana kejujuran akan menghantarkan kepada kebaikan dan kebaikan akan menghantarkan ke syurga" (H.R. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu), hendaklah kita bersikap jujur dalam ucapan, keyakinan dan amalan.

Jujur, lawannya adalah bohong/tipu/dusta. Ada orang sanggup berbohong kerana mahu menikmati sesuatu perkara atau mencari keredhaan manusia. Sedangkan kejujuran pula adalah salah satu ciri ketakwaan yang mengangkat darjat pelakunya di sisi Allah SWT dan di kalangan manusia.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar" (Q.S. At-Taubah :119).

Firman Allah di atas, secara khususnya memerintahkan umat manusia yang mukmin untuk bersama-sama dengan orang yang benar dan  jujur kerana pengertian kejujuran sudah termasuk dalam bidang ketakwaan.Untuk itu, marilah kita pertahankan sikap jujur ini dalam setiap langkah laku kita. 

Rasulullah bersabda yang artinya ;

Pertahankanlah kejujuranmu, meskipun engkau menghadapi celaka. Kerana pada kejujuran itu hakikat keselamatan. Dan jauhilah perbuatan dusta, meski engkau melihat sebagai keselamatan, kerana pada ketidakjujuran itu adanya celaka.”



ALQURAN SEBAGAI PENYEMBUH PENYAKIT

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Kami turunkan dari AlQuran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (yang mempercayainya) dan tiadalah Al-Quran itu menambahkan kepada orang-orang zalim selain kerugian“ (Al-Israa :82)

Secara kasar Al-Quran memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi dan mengubati berbagai jenis penyakit. Terdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surah tertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "jampi" kepada mereka yang mengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT.

Islam juga mengajarkan bahawa segala jenis ubat dan terapi yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankan beban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata.

Pendek kata semakin tinggi tahap kemukminan atau akidah seseorang itu maka semakin tinggilah pula fungsi Al-Quran sebagai penyembuh itu kepada dirinya diikuti dengan semakin tingginya rahmat Allah SWT yang akan diterimanya.

Oleh kerana itu, kita disarankan supaya menjaga solat, melaksanakan perintah Allah dan memperbanyakkan doa dan memohon kepada Allah SWT dalam keadaan meyakini bahawa Allah SWT akan menyembuhkan dan menghilangkan segala kesukaran yang dialaminya.

Kita semua tahu bahawa sesuatu penyakit itu tidaklah menyerang manusia melainkan apabila telah ada qadar (ketetapan) Allah s.w.t. keatasnya sebagai suatu ujian, pembersihan dan penghapus segala dosanya atau sebagai balasan (kifarah) akibat perbuatannya (samada berupa kezaliman atau maksiat). Tidak sekali akan sembuh penyakit seseorang melainkan menurut apa yang dikehendaki Allah. Dialah yang menurunkan (penyakit) dari langit dan menurunkan bersamanya ubatnya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud ” Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit akan sembuh dengan izin Allah.” – Riwayat Muslim dan Ahmad.

Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan. Yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT.